Berita Berita
Warga emas didakwa 'sentuh' budak perempuan 10 tahun di tempat buang sampah

MELAKA 30 April - Seoang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap budak perempuan berusia 10 tahun di sebuah pangsapuri di Taman Kesidang, minggu lalu.
Tertuduh, Tan Geok Soo, 62, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dan diterangkan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin dalam prosiding di hadapan Hakim, Elesabet Paya Wan.
Berdasarkan, pertuduhan lelaki terbabit didakwa sengaja melakukan amang seksual fizikal dengan cara memeluk dan mencium pipi kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun bagi tujuan seksual.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat pembuangan sampah Pangsapuri Puteri Kesidang dekat sini, kira-kira jam 7 pagi pada 21 April lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, jika disabitkan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim, mencadangkan jaminan RM15,000 berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan kerana tinggal di kawasan perumahan sama.
Peguam bela, S Suresh, memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana tertuduh sudah berusia dan mengalami masalah pendengaran telinga kanan serta menghidap penyakit kencing manis kronik.
Mahkamah membenarkan Geok Soo diikat jamin RM10,000 oleh ahli keluarga terdekat berserta syarat dipohon pendakwaan dan 19 Jun depan ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm