Berita Berita
Polis jelaskan punca siasatan tragedi Putra Height tergendala

SUBANG JAYA 30 April – Siasatan terhadap kejadian letupan paip gas di Putra Heights terus berdepan cabaran apabila cuaca buruk termasuk hujan lebat yang berpanjangan menjejaskan kerja-kerja penggalian dan analisis teknikal oleh pihak berkuasa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sejak insiden tersebut berlaku pada 1 April lalu, sebanyak 20 hari hujan direkodkan di kawasan kejadian atau ‘ground zero’, menyebabkan kesukaran kepada agensi terlibat untuk mengenal pasti punca kejadian.
"Kesan daripada hujan lebat membuatkan berlaku pergerakan tanah, air melimpah masuk ke kawah yang setakat ini sudah digali sedalam 16 meter.
"Kerja-kerja menyedut air keluar dari lubang yang sudah dikorek di ground zero juga menyebabkan kelewatan dalam proses siasatan," katanya selepas membawa media melihat sendiri ground zero di Putra Heights, tengah hari tadi.
Hussein berkata, selain masalah limpahan air hujan, kedudukan struktur tanah dan keadaan yang licin juga menjadi sebab tempoh siasatan teknikal di lokasi kejadian mengambil masa panjang.
Selain itu, Hussein Omar berkata, polis juga sudah mengenal pasti lokasi kedudukan sebuah jentera pengorek (jentolak) yang sebelum ini dilaporkan terbenam dalam kejadian itu.
Beliau berkata, pihaknya sudah mengesan kedudukan jentolak itu yang terletak berhampiran kawasan saluran paip utama yang meletup di 'ground zero' atau lokasi kejadian.
"Pada masa ini tumpuan kita adalah melaksanakan siasatan berkaitan punca kejadian yang memberi perhatian kepada saluran paip gas namun setelah selesai kita akan melakukan kerja pengorekan tanah di lokasi jentera itu terbenam.
"Ingin saya tegaskan proses melaksanakan kerja siasatan di sini begitu rumit dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ditambah keadaan tanah yang tidak stabil serta membahayakan setiap kakitangan agensi yang terbabit.
"Selepas selesai proses mengeluarkan saluran paip, kita akan menumpukan usaha membawa jentera yang tertimbus juga untuk proses siasatan," katanya.
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm