Berita Berita
Jangan lupa jasa pemandu van jenazah, penggali kubur, tok siak - Ramanan

KUALA LUMPUR 30 April – Peranan pemandu van jenazah, penggali kubur dan tok siak dalam masyarakat sering dipandang sepi, namun jasa dan pengorbanan mereka amat besar dalam kehidupan seharian.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan berkata, golongan ini juga merupakan sebahagian barisan hadapan yang wajar diberi penghargaan sewajarnya.
"Baru-baru ini, ketika saya menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), saya meminta ruang untuk menyampaikan sumbangan khas kepada 132 pemandi jenazah, pemandu van jenazah, penggali kubur dan tok siak hadir dari Parlimen Sungai Buloh.
"Sudah menjadi satu kemestian dan kewajipan kepada saya untuk meraikan mereka sejak memikul tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen ketika perayaan Hari Raya.
"Setiap tahun, saya pastikan perkara ini tidak terlepas. Sumbangan yang saya hulurkan ini bukan sekadar bantuan, tetapi tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Sungai Buloh itu turut menzahirkan penghargaan kepada AIM atas kejayaan penganjuran majlis dan memberikan beliau peluang menyampaikan sumbangan secara langsung kepada penerima.
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm
FOMCA: Vape ancam kesihatan, keselamatan negara, bukan sekadar perniagaan
May 2, 2025, 3:07 pm