Berita Berita
Hadi Awang dakwa kerjasama ‘UMDAP’ cuba mensucikan DAP, tolak politik Islam sebenar

KUALA LUMPUR, 30 April – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mendakwa kerjasama politik antara UMNO dan DAP yang kini digelar sebagai ‘UMDAP’ merupakan satu usaha untuk “mensucikan” DAP daripada imej anti-Islam yang pernah dikaitkan dengan parti itu sebelum ini.
Menurut Abdul Hadi, kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Sabtu lalu merupakan bukti bahawa sebahagian besar pengundi Melayu-Islam telah menerima gabungan UMDAP meskipun menurut beliau ia bercanggah dengan prinsip dan nilai Islam sebenar.
“UMDAP membawa sebahagian daripada UMNO menjadikan matlamat menghalalkan cara mengikut kaedah politik sekular dan liberal,” kata Abdul Hadi dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau menerusi rencana Minda Presiden PAS hari ini.
Kritik Ternakan Babi dan Politik Sekular
Abdul Hadi turut merujuk kepada isu penternakan babi secara haram di kawasan majoriti Islam sebagai contoh tindakan yang menurutnya bertentangan dengan siasah syar’iyyah dan maqasid syariah, namun tetap dibiarkan oleh kerajaan gabungan yang diterajui PH dan BN.
Beliau menegaskan, PAS kekal menolak konsep “perubahan progresif dan liberal” yang disifatkannya sebagai berpaksikan kepada sekularisme, dan sebaliknya kekal istiqamah memperjuangkan perubahan melalui islah dan tajdid berasaskan Islam.
Sindiran Politik dan Kekecewaan PAS
Abdul Hadi secara terbuka mengakui kekalahan PAS dalam PRK Ayer Kuning, namun menyifatkan kemenangan calon UMNO, Mohamad Yusri Bakir, sebagai hasil kempen berteraskan “politik wang dan jentera kerajaan”, sama seperti dakwaan-dakwaan terhadap BN suatu ketika dahulu.
“Walaupun calon kami, Abd Muhaimin Malek, merupakan tokoh agama yang dihormati dan bertauliah, murid-muridnya daripada kalangan UMNO hanya memahami Islam dari aspek ibadat semata-mata, bukan dari segi kewajipan politik Islam,” tegas beliau.
Sindiran Terhadap Pemimpin Kerajaan
Abdul Hadi turut mengkritik pemimpin kerajaan hari ini yang menurutnya “berlumba-lumba untuk jawatan dan kedudukan”, serta mendakwa ada unsur pilih kasih dalam tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa terlibat dalam kes rasuah atau jenayah.
Beliau menyifatkan budaya bersumpah secara bohong dan tindakan mencipta pertuduhan terhadap pihak lawan sebagai amalan politik semasa yang bertentangan dengan nilai Islam.
PRK Bukan Ukuran Mutlak, Kata Hadi
Dalam pada itu, Abdul Hadi menegaskan bahawa keputusan PRK Ayer Kuning dan PRK Nenggiri bukanlah ukuran mutlak kekuatan sesebuah parti, sebaliknya perubahan politik boleh berlaku mengikut masa dan keadaan.
“PAS akan terus istiqamah walaupun berdepan dengan ujian kekalahan. Kami tidak akan tunduk kepada perubahan pragmatik yang menggadaikan prinsip Islam,” kata beliau. - Media Telus
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm
FOMCA: Vape ancam kesihatan, keselamatan negara, bukan sekadar perniagaan
May 2, 2025, 3:07 pm