Berita Berita
Bekas pegawai MPD, isteri didakwa terima rasuah, tipu tender pembersihan RM4.9 Juta untuk keluarga dan rakan

KUALA TERENGGANU 30 April - Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pelbagai pertuduhan membabitkan suapan dan penggunaan dokumen palsu berkaitan tender pembersihan awam bernilai lebih RM4.9 juta.
Bekas Penolong Juruukur Bahan Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Mohammad Hanif Ahmad, 41, dan isterinya yang juga seorang kontraktor, Maimunah Syahbudin, 47, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.
Berdasarkan empat pertuduhan, Mohammad Hanif didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan mengesyorkan syarikat milik bapa, abang dan rakannya bagi tender perkhidmatan pembersihan awam dan kerja-kerja berkaitan bernilai keseluruhan RM4,984,296.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di pejabat Majlis Daerah Dungun (MPD) di sini antara 16 Disember 2018 hingga 9 Mac 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Maimunah yang merupakan seorang kontraktor pula berhadapan 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu berupa penyata akaun dan sijil akuan pendaftaran syarikat tiga syarikat berbeza.
Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di MPD antara 17 Disember 2020 dan 10 Januari 2021.
Maimunah didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm
FOMCA: Vape ancam kesihatan, keselamatan negara, bukan sekadar perniagaan
May 2, 2025, 3:07 pm