Berita Berita
Perintah pemaparan harga ubatan di klinik dan hospital swasta berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR 1 Mei – Inisiatif Penandaan Harga Ubat di semua kemudahan jagaan kesihatan swasta dan farmasi komuniti mula dikuatkuasakan hari ini, sebagai langkah Kerajaan MADANI memperkukuh ketelusan harga menerusi pelaksanaan Mekanisme Ketelusan Harga Ubat (MKHU).
Menurut kenyataan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) semalam, pelaksanaan itu dibuat melalui Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Ubat) 2025 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).
“Inisiatif ini bertujuan memastikan rakyat dapat membuat pilihan bermaklumat, membandingkan harga dan merancang perbelanjaan ubat-ubatan mereka secara lebih bijak,” jelas kenyataan itu.
Fasiliti yang terlibat merangkumi semua kemudahan kesihatan swasta yang tertakluk di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586), termasuk farmasi komuniti yang menjual, membekalkan atau memberikan ubat-ubatan.
Penandaan harga melibatkan semua jenis ubat untuk kegunaan manusia – sama ada berpreskripsi atau tidak, ubat kaunter, ubat tradisional, suplemen kesihatan serta sediaan ubat yang dibancuh.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa penandaan harga boleh dibuat dalam bentuk senarai harga atau tanda harga.
Ubat yang dipamerkan untuk jualan dan mudah dicapai oleh pengguna hendaklah dilabel secara jelas, manakala ubat yang tidak dipamerkan atau berada di belakang kaunter wajib disertakan dalam senarai harga jualan.
“Senarai harga boleh disediakan secara fizikal melalui katalog, papan kenyataan, atau paparan skrin elektronik di fasiliti terbabit,” menurut kenyataan itu lagi.
Dalam fasa awal penguatkuasaan, pendekatan pendidikan akan digunakan selama tiga bulan bagi memberi ruang kepada fasiliti membuat penyesuaian secara berperingkat.
“Pemeriksaan akan dijalankan dari semasa ke semasa dengan pendekatan advokasi bagi memastikan pematuhan. Penguatkuasaan akan dilaksanakan oleh KKM dengan sokongan dan panduan daripada KPDN,” tambah kenyataan tersebut.
Maklumat lanjut dan soalan lazim boleh diakses di portal rasmi Program Perkhidmatan Farmasi KKM di [www.pharmacy.gov.my](http://www.pharmacy.gov.my).
Sebarang pertanyaan boleh diemelkan ke chu@moh.gov.my, manakala aduan berkaitan harga ubat boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KKM di [https://moh.spab.gov.my](https://moh.spab.gov.my) atau Portal eAduan KPDN di [https://eaduan.kpdn.gov.my](https://eaduan.kpdn.gov.my).
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm