Berita Berita
Pemuda MCA Pahang nafi merajuk, tegaskan komitmen terhadap prinsip musyawarah BN

KUANTAN 1 Mei - Pemuda MCA Pahang menolak dakwaan bahawa parti itu sedang ‘merajuk’ dalam isu melibatkan kerjasama Barisan Nasional (BN), sambil menegaskan bahawa mereka kekal komited memperjuangkan prinsip musyawarah dan suara akar umbi.
Ketuanya, Wong Siew Mun, berkata kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, yang melabel pandangan MCA sebagai tindakan merajuk, hanya merendahkan semangat kerjasama dalam BN.
“Kami tidak pernah merajuk, tetapi juga tidak akan berdiam diri. MCA bersuara demi masa depan BN dan Malaysia. Malangnya, setiap kali kami bersuara, Mohd Puad tampil menyerang – seolah-olah menjadi jurucakap DAP,” katanya dalam kenyataan malam Rabu.
Siew Mun menjelaskan bahawa kenyataan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, bukanlah satu kritikan terhadap UMNO, tetapi cerminan keresahan akar umbi terhadap hala tuju semasa gabungan tersebut.
“Jika pandangan seperti itu pun tidak boleh diterima, timbul persoalan – siapa lagi dalam BN yang dibenarkan bersuara?” katanya lagi.
Beliau menegaskan bahawa BN tidak harus menjadi ‘gabungan yang bisu’, sebaliknya kembali kepada asas: musyawarah, saling menghormati dan keputusan bersama.
Hala Tuju BN Dipersoal
Siew Mun menegaskan bahawa isu utama bukan sekadar soal kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), tetapi kekaburan hala tuju BN yang semakin ketara – termasuk dasar tidak konsisten dan keputusan tanpa rundingan bersama parti komponen.
“Jangan terlalu selesa dengan kemenangan dalam pilihan raya kecil. Sejarah telah membuktikan bahawa ia bukan jaminan kejayaan dalam pilihan raya umum,” katanya sambil merujuk kemenangan BN di Sungai Besar sebelum tewas pada PRU14.
Bangkit Demi Prinsip, Bukan Nostalgia
Pemuda MCA turut mempersoalkan sama ada ahli-ahli UMNO dan rakyat benar-benar selesa dengan kerjasama semasa, atau hanya sebilangan pemimpin yang terperangkap dalam zon selesa.
“Kami bersuara bukan untuk mengancam, tetapi untuk menyelamatkan. BN mesti bangkit semula berasaskan prinsip, bukan semata-mata nostalgia,” tegasnya.
Titah Adendum: BN Harus Bertindak
Dalam pada itu, Siew Mun turut menyentuh mengenai Titah Adendum Sultan Pahang berkaitan kes Datuk Seri Najib Tun Razak, dan menggesa agar tindakan segera diambil.
“Istana telah sahkan wujudnya titah tersebut. Jika benar BN setia kepada Raja-Raja Melayu, buktikan dengan tindakan, bukan sekadar ucapan,” ujarnya. - Media Telus
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm