Berita Berita
Budak 5 tahun maut tertinggal dalam van sekolah, pemandu direman 7 hari

ISKANDAR PUTERI 1 Mei – Suasana pilu menyelubungi sebuah keluarga apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah van sekolah selepas dipercayai tertinggal dalam kenderaan itu selama hampir lima jam di Taman Bukit Indah, tengah hari Rabu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam van berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari.
"Mangsa yang bersekolah di sebuah tadika di Taman Bukit Indah dikatakan menaiki van dari kediaman keluarganya sebelum tiba di hadapan tadika sekitar jam 7.30 pagi.
“Bagaimanapun, mangsa dipercayai tertinggal di dalam van selepas pemandu menurunkan kanak-kanak lain di hadapan tadika tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Kumarasan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Beliau berkata, seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang bekerja sebagai pemandu van sekolah itu telah ditahan di kawasan Taman Bukit Indah pada jam 2.40 petang hari yang sama.
“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga menunjukkan keputusan negatif dadah.
“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 7 Mei bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan kecuaian terhadap kanak-kanak,” jelasnya.
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm