TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua beradik cedera dirempuh kereta, pemandu cabut lari

By
|
Kongsi
image

MELAKA 1 Mei – Dua beradik cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari berhampiran Sekolah Kebangsaan Demang Hussin, Bukit Katil, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika remaja perempuan berusia 17 tahun itu sedang menunggang motosikal untuk membawa pulang adiknya yang berusia lapan tahun dari sekolah ke rumah mereka di Duyong.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa berada di lorong kiri sebelum dirempuh dari arah belakang sebelah tepi oleh sebuah kereta yang belum dikenal pasti nombor pendaftarannya.

"Kemalangan dipercayai berlaku selepas mereka melepasi kawasan sekolah dalam keadaan trafik yang sibuk berikutan kehadiran ibu bapa yang sedang mengambil anak masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat pelanggaran itu, kedua-dua beradik tersebut terjatuh dan mengalami kecederaan. Remaja perempuan itu mengalami luka kecil serta lebam di kaki dan tangan, manakala adiknya mengalami kecederaan lebih serius termasuk luka berlubang di dahi kanan, luka kecil di muka dan bengkak pada mata.

Christopher berkata, kedua-dua mangsa telah menerima rawatan di Hospital Melaka dan usaha mengesan pemandu kereta terbabit sedang giat dijalankan. 

+ - reset