TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

SUV dipandu warga emas rempuh Laman Selera MPAJ

By
|
Kongsi
image

AMPANG JAYA 2 Mei - Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu seorang lelaki warga emas merempuh kawasan Laman Selera Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Jalan Kerja Air Lama, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.15 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail mengesahkan insiden tersebut dan memaklumkan bahawa tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pemandu yang merupakan individu berstatus orang kurang upaya (OKU) fizikal dipercayai secara tidak sengaja menekan pedal minyak ketika cuba memasuki ruang parkir. Akibatnya, kenderaan terbabit hilang kawalan dan terus merempuh masuk ke kawasan laman selera.

“Kenderaan itu melanggar beberapa peralatan di kawasan tersebut namun tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kejadian itu hanya membabitkan kerosakan pada kenderaan dan harta benda di lokasi kejadian. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/59). - Media Telus

+ - reset