Berita Berita
Anwar terima penghormatan tertinggi Kosovo 'Order Of Independence

PUTRAJAYA 2 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima anugerah tertinggi daripada Republik Kosovo, 'Order of Independence', sebagai pengiktirafan terhadap sokongan Malaysia terhadap negara Balkan itu.
Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu dalam satu majlis ringkas di Bangunan Perdana Putra. Ia merupakan penghormatan awam tertinggi yang dikurniakan kepada individu yang memainkan peranan penting dalam menyokong kemerdekaan dan pembangunan Kosovo.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, penganugerahan ini turut mengiktiraf peranan aktif Malaysia dalam menyokong kedaulatan Kosovo serta usaha berterusan Anwar dalam memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Dalam pada itu, Presiden Osmani turut mengumumkan pemberian anugerah sama secara anumerta kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagai penghargaan atas kepemimpinan beliau ketika Malaysia menjadi antara negara pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Kosovo pada 30 Oktober 2008. - Media Telus
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm
FOMCA: Vape ancam kesihatan, keselamatan negara, bukan sekadar perniagaan
May 2, 2025, 3:07 pm