TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sindiket dadah rentas sempadan Thailand-Malaysia tumpas di Songkhla, 261kg ‘ice’ dirampas

By
|
Kongsi
image

BANGKOK 2 Mei – Pihak berkuasa Thailand berjaya mematahkan cubaan pengedaran dadah rentas negara yang dipercayai melibatkan jaringan warga tempatan dan Malaysia dalam satu serbuan besar di selatan negara itu, lapor portal berita Thaiger semalam.

Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) memaklumkan, operasi yang dijalankan di wilayah Songkhla pada 24 April lalu membawa kepada penahanan dua lelaki warga Thailand serta rampasan sebanyak 261 kilogram dadah jenis kristal methamphetamine (ice).

Pengarah Penguatkuasaan Undang-undang Narkotik ONCB, Prin Mekanandha, berkata kejayaan operasi itu adalah hasil kerjasama erat antara Thailand dan beberapa agensi penguat kuasa antarabangsa.

“ONCB telah menjejaki sindiket dadah terbabit selama lebih sebulan dengan kerjasama rapat pihak berkuasa Malaysia,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Hasil siasatan mendapati dadah berkenaan disimpan buat sementara di Songkhla sebelum dihantar ke Narathiwat dan seterusnya diseludup masuk ke Malaysia untuk diedarkan ke negara lain.

Pihak berkuasa percaya bekalan dadah itu berpunca dari kawasan Segi Tiga Emas yang merangkumi Myanmar, Laos dan Thailand.

Kedua-dua suspek yang ditahan mengaku mereka dibayar untuk mengangkut dadah dan turut mendedahkan pernah menyeludup satu juta pil methamphetamine merentasi sempadan Malaysia, dengan bayaran upah sebanyak 120,000 baht (RM15,000). — AGENSI

 

+ - reset