Berita Berita
KPDN jamin harga telur kekal walau subsidi dikurangkan

KUALA LUMPUR 2 Mei - Harga kawalan telur ayam kekal meskipun subsidi kerajaan dikurangkan sebanyak lima sen sebiji bermula 1 Mei, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, berkata pengurangan subsidi itu hanya melibatkan telur ayam gred A, B dan C, namun peniaga masih tertakluk kepada harga kawalan sedia ada.
“Pengusaha tidak dibenarkan menaikkan harga sesuka hati kerana pengurangan subsidi ini dipersetujui bersama oleh pihak industri. Sepanjang tiga bulan ini, walaupun subsidi dikurangkan lima sen sebiji, harga runcit kekal seperti biasa,” katanya.
Beliau menjelaskan, bermula 1 Ogos nanti, subsidi telur akan dihentikan sepenuhnya dan harga akan diapungkan mengikut pasaran.
Katanya, sebarang kenaikan harga sebelum tarikh itu perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan bahawa subsidi telur ayam dikurangkan daripada 10 sen kepada lima sen mulai 1 Mei, sebelum ditamatkan sepenuhnya pada Ogos.
Azman turut menyatakan harapan agar sebarang perubahan harga selepas pengapungan nanti akan bersifat positif, sebagaimana penurunan harga ayam sebelum ini.
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm
FOMCA: Vape ancam kesihatan, keselamatan negara, bukan sekadar perniagaan
May 2, 2025, 3:07 pm