Berita Berita
Wanita maut tercampak keluar kereta sebelum dilanggar lori tangki di Port Dickson

PORT DICKSON 5 Mei - Seorang wanita berusia 39 tahun maut dalam satu kejadian tragis pagi semalam apabila tercampak keluar dari sebuah kereta selepas pintu belakang sebelah kanan kenderaan itu terbuka secara tiba-tiba ketika melalui satu selekoh di Kilometer 26, Jalan Lukut-Sepang.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, kejadian berlaku pada jam 8.20 pagi apabila mangsa tercampak ke laluan bertentangan dan dilanggar sebuah lori tangki yang datang dari arah berlawanan.
"Kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Myvi dan lori tangki minyak jenis Volvo.
"Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila pintu belakang sebelah kanan kereta yang datang dari arah Sepang ke Lukut itu terbuka secara tiba-tiba menyebabkan mangsa tercampak keluar sebelum dilanggar sebuah lori dari arah berlawanan," katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Pemandu kereta seorang lelaki berusia 34 tahun tidak mengalami kecederaan, manakala anaknya berusia lima bulan yang berada di tempat duduk hadapan menggunakan kerusi keselamatan juga tidak cedera.
"Pemandu lori tangki juga tidak mengalami sebarang kecederaan. Ujian saringan air kencing terhadap pemandu kereta menunjukkan keputusan negatif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Polis turut menasihatkan orang ramai, khususnya pengguna jalan raya, agar sentiasa memastikan pintu kenderaan terkunci dengan selamat, terutamanya apabila membawa penumpang, bagi mengelakkan tragedi seumpama ini daripada berulang.
Berita berkaitan
May 5, 2025, 3:18 pm
Dua anggota polis direman seminggu disyaki terima rasuah tutup kes judi, dadah
May 5, 2025, 2:16 pm
Dua beradik Orang Asli lemas ditemukan, hanyut 25 kilometer
May 5, 2025, 1:56 pm
Toyota Hilux kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia tahun 2024
May 5, 2025, 1:07 pm
Enam strategi negara hadapi impak tarif balas Amerika Syarikat – PM Anwar
May 5, 2025, 1:02 pm
JKN Johor siasat kes keracunan makanan libatkan pelajar MRSM
May 5, 2025, 12:54 pm
JHEAIK selesai ambil keterangan pendakwah isu solat Jumaat bersama bunian
May 5, 2025, 12:50 pm
Tarif balas AS ke atas Malaysia mungkin dikurangkan – Anwar
May 5, 2025, 12:07 pm
Lelaki ditemui lemas bersama motosikal dipercayai tergelincir di Pulau Indah
May 5, 2025, 12:00 pm