Berita Berita
Remaja ditemui lemas dalam lombong terbiar di Taiping

TAIPING 5 Meoi – Seorang remaja berusia 14 tahun yang dilaporkan tenggelam di sebuah lombong terbiar di Taman Palma 4, Kamunting di sini ditemui lemas petang semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa kali terakhir dilihat tenggelam pada jarak 4.5 meter dari tebing sewaktu bermain bersama rakan-rakannya.
“Anggota bomba memakai peranti pengapungan peribadi (PFD) sebelum melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan teknik pencarian di permukaan dan peralatan grapping iron sehingga mangsa berjaya ditemui,” katanya di sini hari ini.
Sabarodzi berkata, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh anggota Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Berita berkaitan
May 5, 2025, 3:18 pm
Dua anggota polis direman seminggu disyaki terima rasuah tutup kes judi, dadah
May 5, 2025, 2:16 pm
Dua beradik Orang Asli lemas ditemukan, hanyut 25 kilometer
May 5, 2025, 1:56 pm
Toyota Hilux kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia tahun 2024
May 5, 2025, 1:07 pm
Enam strategi negara hadapi impak tarif balas Amerika Syarikat – PM Anwar
May 5, 2025, 1:02 pm
JKN Johor siasat kes keracunan makanan libatkan pelajar MRSM
May 5, 2025, 12:54 pm
JHEAIK selesai ambil keterangan pendakwah isu solat Jumaat bersama bunian
May 5, 2025, 12:50 pm
Tarif balas AS ke atas Malaysia mungkin dikurangkan – Anwar
May 5, 2025, 12:07 pm
Lelaki ditemui lemas bersama motosikal dipercayai tergelincir di Pulau Indah
May 5, 2025, 12:00 pm