Berita Berita
Lawatan PM Pakistan ke Malaysia ditangguh susulan ketegangan di Kashmir

KUALA LUMPUR 5 Mei - Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, menangguhkan lawatan rasmi beliau ke Malaysia yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini, berikutan ketegangan susulan insiden serangan di Kashmir pada 22 April lalu.
Perkara itu dimaklumkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi satu panggilan telefon semalam.
“Saya memahami situasi rumit yang sedang dihadapi Pakistan dan mendoakan agar keadaan segera reda serta tidak terus meruncing. Malaysia mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan,” kata Anwar dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Beliau turut menyokong cadangan untuk menjalankan siasatan bebas dan telus bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam serangan tersebut.
Lawatan rasmi Shehbaz ke Malaysia sebelum ini dijadualkan sebagai sebahagian usaha memperkukuh hubungan dua hala, termasuk dalam bidang perdagangan dan pelaburan.
Serangan di wilayah Kashmir yang ditadbir India telah menyebabkan ketegangan mendadak antara India dan Pakistan. India menuduh Pakistan sebagai dalang, dakwaan yang dinafikan oleh Islamabad. Sejak itu, kedua-dua negara telah bertindak balas termasuk dengan mengusir rakyat masing-masing dan menutup sempadan.
Dalam perbualan telefon tersebut, Anwar turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk memainkan peranan sebagai pengantara demi meredakan ketegangan, memandangkan hubungan baik Malaysia dengan kedua-dua negara.
“Shehbaz turut menyampaikan penghargaan terhadap hubungan erat antara Pakistan dan Malaysia serta menyatakan komitmen untuk mempercepat pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang sedang dirunding,” kata Anwar lagi.
Malaysia, katanya, komited untuk menyegerakan proses tersebut dan bersedia menyambut kehadiran Shehbaz ke Malaysia apabila keadaan mengizinkan. - Media Telus
Berita berkaitan
May 5, 2025, 3:18 pm
Dua anggota polis direman seminggu disyaki terima rasuah tutup kes judi, dadah
May 5, 2025, 2:16 pm
Dua beradik Orang Asli lemas ditemukan, hanyut 25 kilometer
May 5, 2025, 1:56 pm
Toyota Hilux kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia tahun 2024
May 5, 2025, 1:07 pm
Enam strategi negara hadapi impak tarif balas Amerika Syarikat – PM Anwar
May 5, 2025, 1:02 pm
JKN Johor siasat kes keracunan makanan libatkan pelajar MRSM
May 5, 2025, 12:54 pm
JHEAIK selesai ambil keterangan pendakwah isu solat Jumaat bersama bunian
May 5, 2025, 12:50 pm
Tarif balas AS ke atas Malaysia mungkin dikurangkan – Anwar
May 5, 2025, 12:07 pm
Lelaki ditemui lemas bersama motosikal dipercayai tergelincir di Pulau Indah
May 5, 2025, 12:00 pm