TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kes buli pelatih OKU di GiatMARA Durian Tunggal sudah diselesaikan – Exco

By
|
Kongsi
image

MELAKA 5 Mei - Kes pelatih orang kurang upaya (OKU) yang didakwa menjadi mangsa buli di GiatMARA Durian Tunggal sebenarnya merupakan kejadian lama yang telah diselesaikan, menurut kerajaan negeri Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku pada Februari lalu dan telah ditangani pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Pelajar terbabit sudah dipanggil oleh MARA, keterangan telah diambil dan mereka juga telah memohon maaf kepada mangsa. Semua pihak kini meneruskan latihan masing-masing seperti biasa,” katanya kepada media hari ini.

Tambah beliau, pelatih OKU yang didakwa dibuli itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan insiden berkenaan dianggap selesai.

Semalam, tular sebuah video berdurasi dua minit di media sosial yang memaparkan dakwaan seorang pemuda mengenai seorang pelatih OKU lelaki yang menjadi mangsa buli. Pemuda itu mendakwa pelatih tersebut menceritakan insiden berkenaan kepadanya selepas mereka berkenalan di gelanggang badminton.

Mengulas lanjut, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk buli, sama ada fizikal mahupun mental, di mana-mana institusi pendidikan MARA (IPMA). - Media Telus

+ - reset