Berita Berita
Pelajar MRSM Pekan hilang ditemui selamat di rumah saudara di Chukai

KUANTAN 5 Mei - Seorang pelajar lelaki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pekan yang dilaporkan hilang selepas enggan kembali ke asrama, ditemukan selamat di rumah saudaranya di Chukai, Terengganu pagi Isnin.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata Anas Baihaqi Miqdad Johari, 13, dikesan berada di kediaman saudaranya kira-kira jam 7 pagi hasil siasatan dan maklumat daripada ahli keluarga.
“Selepas menerima laporan pada jam 4 petang semalam, polis menjalankan siasatan termasuk menemu bual keluarga mangsa. Alhamdulillah, pelajar itu berjaya dikesan dan berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang pagi ini.
Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana remaja itu boleh sampai ke Chukai.
Kes kehilangan ini sebelum ini tular selepas ibu mangsa membuat laporan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu, berkata pelajar terbabit dipercayai keluar rumah sekitar jam 3.30 petang dengan memakai kemeja-T merah, seluar trek hitam, kasut sukan jenama Puma, serta membawa beg galas, telefon bimbit adiknya dan wang tunai kira-kira RM200.
Difahamkan, pelajar tersebut sebelum ini menyatakan enggan kembali ke asrama kerana tidak sanggup berjauhan daripada keluarga. - Media Telus
Berita berkaitan
May 5, 2025, 3:18 pm
Dua anggota polis direman seminggu disyaki terima rasuah tutup kes judi, dadah
May 5, 2025, 2:16 pm
Dua beradik Orang Asli lemas ditemukan, hanyut 25 kilometer
May 5, 2025, 1:56 pm
Toyota Hilux kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia tahun 2024
May 5, 2025, 1:07 pm
Enam strategi negara hadapi impak tarif balas Amerika Syarikat – PM Anwar
May 5, 2025, 1:02 pm
JKN Johor siasat kes keracunan makanan libatkan pelajar MRSM
May 5, 2025, 12:54 pm
JHEAIK selesai ambil keterangan pendakwah isu solat Jumaat bersama bunian
May 5, 2025, 12:50 pm
Tarif balas AS ke atas Malaysia mungkin dikurangkan – Anwar
May 5, 2025, 12:07 pm
Lelaki ditemui lemas bersama motosikal dipercayai tergelincir di Pulau Indah
May 5, 2025, 12:00 pm