Berita Berita
Parlimen sedekah Al-Fatihah, bertafakur kepada Tun Abdullah

KUALA LUMPUR 5 Mei – Persidangan khas Parlimen pagi ini dimulakan dengan sesi bertafakur selama seminit sebagai penghormatan kepada bekas Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia pada 14 April lalu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, memohon semua Ahli Parlimen beragama Islam untuk membacakan surah al-Fatihah, manakala yang bukan Islam diminta bertafakur.
“Sebagai tanda penghormatan dan mengenang jasa Allahyarham, saya jemput Ahli-ahli Yang Berhormat serta semua hadirin berdiri bersama-sama saya,” katanya.
Tun Abdullah, yang dikenali sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan tokoh negarawan ulung, disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat negara.
“Saya mewakili Parlimen Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” ujar Johari.
Persidangan khas hari ini turut dihadiri Yang di-Pertua Dewan Negara, Ahli Dewan Negara serta Speaker Dewan Undangan Negeri. Sidang khas itu diadakan bagi memberi penerangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai kesan tarif baharu import Amerika Syarikat terhadap ekonomi Malaysia serta langkah-langkah tindak balas kerajaan. - Media Telus
Berita berkaitan
May 5, 2025, 3:18 pm
Dua anggota polis direman seminggu disyaki terima rasuah tutup kes judi, dadah
May 5, 2025, 2:16 pm
Dua beradik Orang Asli lemas ditemukan, hanyut 25 kilometer
May 5, 2025, 1:56 pm
Toyota Hilux kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia tahun 2024
May 5, 2025, 1:07 pm
Enam strategi negara hadapi impak tarif balas Amerika Syarikat – PM Anwar
May 5, 2025, 1:02 pm
JKN Johor siasat kes keracunan makanan libatkan pelajar MRSM
May 5, 2025, 12:54 pm
JHEAIK selesai ambil keterangan pendakwah isu solat Jumaat bersama bunian
May 5, 2025, 12:50 pm
Tarif balas AS ke atas Malaysia mungkin dikurangkan – Anwar
May 5, 2025, 12:07 pm
Lelaki ditemui lemas bersama motosikal dipercayai tergelincir di Pulau Indah
May 5, 2025, 12:00 pm