Berita Berita
Kemalangan berantai di BKE libatkan 12 kereta, 2 motosikal, trafik sesak teruk 7km

SEBERANG PERAI 5 Mei – Sebuah kemalangan berantai melibatkan 12 buah kereta dan dua motosikal di Kilometer (KM) 10.2 Lebuhraya Butterworth-Kulim Expressway (BKE) arah Barat, dari Lunas ke Kubang Semang, pagi tadi menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang tujuh kilometer.
Menurut kemas kini di aplikasi X @plustrafik, insiden yang berlaku sekitar pukul 6.43 pagi itu menyebabkan lorong kecemasan dan lorong kanan terhalang, sekali gus menjejaskan kelancaran trafik.
Sehingga pukul 8.10 pagi, kesesakan dilaporkan masih berpanjangan manakala laluan lorong kanan belum dibuka kepada pengguna jalan raya.
Berdasarkan perkongsian pengguna media sosial, kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah kenderaan yang hilang kawalan sebelum merempuh kenderaan di hadapannya, lalu mencetuskan kemalangan berangkai.
“45 minit jem dari turun Mengkuang Titi hingga ke tempat kejadian. Nak jadi cerita hari ini lalu ikut BKE,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Pengguna laluan BKE memang laju, sebab tidak ada ‘speed trap camera’. Situ maksimum kelajuan 90 km/j. Harap tiada kecederaan serius,” kata seorang lagi pengguna.
Gambar dan video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan beberapa kenderaan rosak teruk termasuk Perodua Kancil, Myvi serta sebuah MPV Toyota Alphard.
Berita berkaitan
May 5, 2025, 3:18 pm
Dua anggota polis direman seminggu disyaki terima rasuah tutup kes judi, dadah
May 5, 2025, 2:16 pm
Dua beradik Orang Asli lemas ditemukan, hanyut 25 kilometer
May 5, 2025, 1:56 pm
Toyota Hilux kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia tahun 2024
May 5, 2025, 1:07 pm
Enam strategi negara hadapi impak tarif balas Amerika Syarikat – PM Anwar
May 5, 2025, 1:02 pm
JKN Johor siasat kes keracunan makanan libatkan pelajar MRSM
May 5, 2025, 12:54 pm
JHEAIK selesai ambil keterangan pendakwah isu solat Jumaat bersama bunian
May 5, 2025, 12:50 pm
Tarif balas AS ke atas Malaysia mungkin dikurangkan – Anwar
May 5, 2025, 12:07 pm
Lelaki ditemui lemas bersama motosikal dipercayai tergelincir di Pulau Indah
May 5, 2025, 12:00 pm