Berita Berita
Penunggang maut rempuh treler rosak di bahu jalan

KUANTAN 11 Mei - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh bahagian belakang sebuah treler rosak yang diparkir di bahu jalan di Jalan Kuantan–Pekan berhampiran Kampung Ubai, di sini malam Sabtu lalu.
Mangsa, Mohd Nor Azmi Ibrahim, 53, dari Kampung Peramu Hilir, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dalam insiden yang berlaku sekitar jam 8 malam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati treler berkenaan yang membawa muatan besi dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun dari Pasir Gudang, Johor ke Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP).
“Ketika tiba di lokasi kejadian, treler tersebut mengalami kerosakan dan pemandunya berhenti di bahu jalan. Mangsa yang datang dari arah belakang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar belakang treler berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, mangsa yang bekerja sebagai buruh maut di lokasi kejadian akibat kecederaan serius. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan cuai atau berbahaya. - Media Telus
Berita berkaitan
May 11, 2025, 8:24 pm
Saravanan seru pengiktirafan global terhadap peranan Islam Tamil dalam sastera
May 10, 2025, 9:40 am
Dua beradik terbabit kemalangan selepas pulang dari masjid, seorang maut
May 10, 2025, 9:12 am
MYExpo Dili 2025 buka tirai, perkukuh hubungan ekonomi dan budaya Malaysia–Timor Leste
May 10, 2025, 8:56 am
Feri Pulau Pinang percuma sempena Hari Wesak
May 10, 2025, 8:48 am
Mayat bayi ditemui tersangkut pada batu di Sungai Klang
May 10, 2025, 8:29 am
Polis siasat kes peniaga didakwa aniaya kucing di Medan Selera Lebuh Cecil
May 9, 2025, 10:51 pm
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh setahun
May 9, 2025, 5:54 pm