TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak 12 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Felda Teloi Kanan, operasi SAR masuk hari kedua

By
|
Kongsi
image

BALING, 12 Mei – Kegembiraan sembilan sahabat mandi sungai bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, dikhuatiri lemas di Sungai Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, petang semalam.

Mangsa dipercayai tenggelam di sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.17 petang.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dikatakan mandi bersama lapan rakannya sebelum dia tiba-tiba hilang dan dipercayai tenggelam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, operasi pencarian yang dijalankan bersama penduduk kampung dan polis petang semalam tidak menemukan sebarang petunjuk.

“Selepas usaha awal gagal, operasi ditangguhkan pada jam 6.30 petang dan disambung semula pada 8 pagi ini.

“Operasi hari ini membabitkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dan Jitra, serta bantuan Unit Anjing Pengesan (K-9) dari polis dan bomba,” tambahnya.

+ - reset