TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis Kelantan dedah ada anggota bertugas di sempadan terlibat penyeludupan dadah

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU, 15 Mei – Polis Kelantan mengesahkan telah menerima maklumat berkaitan salah guna kuasa oleh anggotanya yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, maklumat tersebut diperoleh sejak tahun lalu dan satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan anggota dari balai polis lain yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini.

Beliau menegaskan semua pegawai dan anggota polis telah diingatkan supaya tidak bersubahat dalam kegiatan penyeludupan, terutamanya yang melibatkan dadah dan senjata api.

Mohd. Yusoff menambah, pihaknya memandang serius isu berkenaan kerana ia menyentuh aspek keselamatan serta kedaulatan negara. - Media Telus

+ - reset