Berita Berita
Tak lepas memotong, juruteknik maut van dipandu bertembung treler di Dungun

DUNGUN, 15 Mei – Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan van dan lori treler di Kilometer 88, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah, malam tadi.
Mangsa, Muhammad Aliff Fakhrullah, 21, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 7.30 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Paman, Kemaman dari arah Kuala Terengganu.
“Siasatan awal mendapati van dipandu mangsa dipercayai cuba memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan lori treler dari arah bertentangan.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dalam van yang remuk teruk,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mayat mangsa dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
Berita berkaitan
May 15, 2025, 11:30 pm
Bot TLDM hilang kawalan, rempuh bot pelancong ketika raptai LIMA ’25 di Langkawi
May 15, 2025, 9:43 pm
MISI terus perkasa komuniti India melalui AI, kreativiti digital
May 15, 2025, 7:02 pm
NIOSH sedia bantu tingkatkan keselamatan pemandu kenderaan berat susulan tragedi FRU
May 15, 2025, 6:26 pm
Tibi ragut 11 nyawa di Terengganu tahun ini
May 15, 2025, 6:07 pm
MCMC siasat ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di media sosial
May 15, 2025, 4:00 pm
Padah simpan minyak masak tanpa lesen, restoran nasi kandar didenda RM100,000
May 15, 2025, 3:19 pm
Rakyat boleh buat aduan jika GP, klinik pakar swasta gagal beri bil terperinci - KKM
May 15, 2025, 3:05 pm
JPA cadang kekalkan bayaran bulanan pencen elak pesara jadi mangsa scam
May 15, 2025, 2:32 pm