Berita Sukan
'Tak perlu pandai main pun, yang penting pandai cari dana' - Hannah Yeoh yakin Tengku Zafrul mampu perkukuh BAM
SUBANG JAYA 13 Mei – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yakin pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai Presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mampu memperkukuh aspek pentadbiran serta kewangan badan induk sukan itu.
Menurut Hannah, sukan badminton di Malaysia memerlukan ekosistem kewangan yang kukuh, dan oleh itu pemilihan pemimpin BAM tidak boleh sekadar bersandarkan populariti atau latar belakang sebagai bekas pemain.
“Ada beberapa sukan di Malaysia, termasuk badminton, yang menuntut dana tinggi. Justeru, tidak semua orang sesuai memegang jawatan penting dalam badan sukan kecuali mereka berkeupayaan membawa masuk dana,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menekankan bahawa peranan seorang pentadbir sukan bukan hanya tertumpu kepada aspek teknikal, sebaliknya merangkumi keupayaan menjana sumber kewangan, memastikan tadbir urus yang baik serta memperkukuh struktur organisasi.
“Kadangkala orang mempertikaikan latar belakang bukan pemain. Tapi hakikatnya, tugas seorang pentadbir ialah mencari dana dan menjaga pengurusan. Ini memerlukan kemahiran dan pengalaman, bukan semata-mata keupayaan bermain,” katanya.
Mengulas lanjut pelantikan Tengku Zafrul, Hannah menyifatkan beliau sebagai tokoh berpengalaman dalam sektor kerajaan dan korporat, serta diyakini mampu membawa masuk sumber kewangan besar demi pembangunan sukan badminton negara.
“Saya yakin beliau boleh menarik masuk dana besar untuk BAM, dan saya percaya itulah juga harapan semua wakil negeri yang memilih beliau,” ujarnya sambil mengucapkan selamat maju jaya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu.
Hannah turut berharap agar kepimpinan baharu BAM terus memberi ruang kepada bekas pemain kebangsaan untuk menyumbang semula dalam pembangunan sukan badminton tanah air.
Tengku Zafrul dipilih secara sebulat suara sebagai Presiden ke-13 BAM dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-80, menggantikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang melepaskan jawatan tersebut selepas hampir sedekad menerajui badan itu.
Berita berkaitan
April 23, 2026, 5:19 pm
Harga tiket Final Piala Malaysia kekal, serendah RM50
April 14, 2026, 2:23 pm
Kerajaan peruntuk RM3 juta perkukuh pembangunan sukan sepak takraw negara
March 31, 2026, 11:56 am
Gaji tidak dibayar, legenda import bola sepak Kedah terpaksa mengemis di sosial media
March 25, 2026, 7:21 pm
JDT diundi laluan sukar, berpotensi bertemu juara bertahan
March 25, 2026, 9:36 am
AFC denda JDT RM24,172
March 19, 2026, 11:19 am
JDT buru musim tanpa kalah selepas belasah PDRM FC 7-0
March 18, 2026, 9:45 am
JDT di landasan pecah rekod dunia kejuaraan liga
March 13, 2026, 10:21 am
JDT raih kira-kira RM8.5 juta selepas mara suku akhir ACLE
March 9, 2026, 10:25 am
