Berita Berita
Adik didakwa tikam abang guna tulang ekor pari hingga parah

KOTA BHARU 14 Mei - Seorang lelaki berusia 36 tahun berdepan pertuduhan di Mahkamah Seksyen di sini hari ini selepas didakwa menikam abangnya menggunakan tulang ekor pari dalam kejadian di Bachok pada 1 Mei lalu.
Tertuduh, Mohd Izwan Sukarnor, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah.
Mengikut pertuduhan, Mohd Izwan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap abangnya, Mohd Fakhran, 40, menggunakan senjata berbahaya itu dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Pauh Jabit Beris Kubur Besar, Bachok, kira-kira jam 9.30 pagi.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda atau sebatan, manakala Seksyen 326A membolehkan hukuman dua kali ganda tempoh maksimum penjara jika disabitkan.
Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 16 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.
Berita berkaitan
May 14, 2025, 6:33 pm
Hujan lebat diramal landa 7 negeri malam ini - MetMalaysia
May 14, 2025, 4:36 pm
Lelaki hanyut dua hari bersama rakit di Sungai Kelantan ditemui dalam keadaan lemah
May 14, 2025, 4:23 pm
Hospital Putrajaya, HKL tersenarai dalam 50 hospital terbaik dunia
May 14, 2025, 4:16 pm
Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan lengkapkan laporan nahas FRU
May 14, 2025, 4:10 pm
Remaja memandu melulu sebabkan 5 maut dibebaskan dengan jaminan RM5,000
May 14, 2025, 3:49 pm
Polis akan ambil keterangan anak Datin Seri Pamela di Singapura
May 14, 2025, 3:44 pm
Nurul Izzah nafi berselisih faham dengan Hassan Karim
May 14, 2025, 3:39 pm
Perlis haramkan penjualan vape bermula 1 Ogos
May 14, 2025, 3:38 pm