TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis cari saksi kemalangan maut babit pekerja kilang dilanggar dua kenderaan di Tikam Batu

By
|
Kongsi
image

 

SUNGAI PETANI – Seorang pekerja kilang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 68 Jalan Alor Setar-Butterworth, berhampiran Tikam Batu, malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10.25 malam itu, mangsa, Mohd. Faiz Samsudin, 30, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Honda RS dari arah Tikam Batu menuju ke Sungai Petani sebelum terbabit dalam kemalangan.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai terbabas selepas melanggar wayar lampu jalan yang melintang di laluan tersebut. Akibatnya, mangsa tercampak ke tengah jalan.

“Pada masa sama, dua kenderaan – sebuah Perodua Alza dan sebuah Renault – yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan, pemandu Perodua Alza merupakan seorang wanita berusia 29 tahun yang bekerja sebagai peniaga, manakala pemandu Renault adalah lelaki berusia 56 tahun.

Kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk proses bedah siasat.

Polis kini sedang mengesan saksi bebas yang berada di tempat kejadian serta pengguna jalan raya yang mungkin sempat merakam insiden tersebut, bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

+ - reset