Berita Berita
Guna akaun bank isteri, inspektor polis didakwa terima rasuah RM23,000 bebaskan 3 lelaki terlibat kes dadah

KUALA TERENGGANU 14 Mei – Seorang inspektor polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM23,000 bagi membebaskan tiga individu yang terlibat dalam kes dadah.
Tertuduh, Khairul Faiz Mohamad Zaini, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.
Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang rasuah masing-masing sebanyak RM15,000 dan RM8,000 daripada seorang individu.
Wang itu dimasukkan ke dalam akaun pihak ketiga sebelum dipindahkan ke akaun milik isterinya.
Wang suapan tersebut diberikan sebagai balasan untuk melepaskan tiga individu yang ditahan dalam serbuan polis serta membuang dadah jenis syabu daripada laporan tangkapan berkaitan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 26 Februari 2021 di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan, termasuk menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah, melapor diri ke pejabat SPRM setiap bulan dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.
Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Jun depan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rabiatul Addawiah Mohd Noorlee, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Berita berkaitan
May 14, 2025, 6:33 pm
Hujan lebat diramal landa 7 negeri malam ini - MetMalaysia
May 14, 2025, 4:36 pm
Lelaki hanyut dua hari bersama rakit di Sungai Kelantan ditemui dalam keadaan lemah
May 14, 2025, 4:23 pm
Hospital Putrajaya, HKL tersenarai dalam 50 hospital terbaik dunia
May 14, 2025, 4:16 pm
Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan lengkapkan laporan nahas FRU
May 14, 2025, 4:10 pm
Remaja memandu melulu sebabkan 5 maut dibebaskan dengan jaminan RM5,000
May 14, 2025, 3:49 pm
Polis akan ambil keterangan anak Datin Seri Pamela di Singapura
May 14, 2025, 3:44 pm
Nurul Izzah nafi berselisih faham dengan Hassan Karim
May 14, 2025, 3:39 pm
Perlis haramkan penjualan vape bermula 1 Ogos
May 14, 2025, 3:38 pm