TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sumpah di mahkamah wajib ditunaikan – Tun M

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 14 Mei – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa setiap saksi dalam prosiding mahkamah diwajibkan untuk bersumpah dan perlu bertanggungjawab terhadap kebenaran sumpah yang dilafazkan.

Menurut beliau, kegagalan untuk menepati sumpah boleh mengakibatkan hukuman dikenakan oleh mahkamah.

“Dalam mahkamah setiap saksi dikehendaki bersumpah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sumpah diterima masyarakat sebagai bukti kebenaran terhadap sesuatu perkara yang telah atau akan dilakukan.

"Sesungguhnya masyarakat terima sumpah sebagai kebenaran perkara yang telah dilakukan atau akan dilakukan. Sumpah terhadap sesuatu boleh diterima sebagai benar.

“Sebab itu pihak melafazkan sumpah mesti tunaikan sumpahan telah dilafazkan. Jika tidak ditunai, maka pihak yang bersumpah akan dihukum dengan hukuman tertentu,” katanya.

Dr. Mahathir turut menyatakan bahawa dalam upacara atau prosedur tertentu, sumpah dilafazkan sebagai satu komitmen terhadap janji atau cadangan yang dibuat.

Menurutnya, lazimnya di Malaysia, lafaz sumpah oleh orang Islam dimulakan dengan menyebut nama Allah menggunakan frasa ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’.

Tambah beliau, sumpah tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan kesan undang-undang dan dosa besar bagi umat Islam jika diabaikan.

“Bagi orang Islam jika sumpah tidak dijunjung, ia menjadi dosa besar.

"Islam memandang serius sumpah sehingga melarang bersumpah melainkan dengan niat yang benar untuk menunaikan janji dibuat,” katanya lagi. - Media Telus

+ - reset