TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

CUEPACS gesa kajian semula SOP kenderaan anggota keselamatan susulan nahas FRU

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 14 Mei - CUEPACS menggesa kerajaan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) melibatkan kenderaan anggota keselamatan susulan kemalangan yang meragut sembilan nyawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, semalam.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat, berkata penekanan perlu diberi terhadap jenis kenderaan sesuai, jumlah anggota dalam satu kenderaan, serta aspek keselamatan seperti pemakaian tali pinggang keledar.

“Majikan atau kementerian perlu menyediakan pengangkutan yang sesuai untuk setiap tugasan termasuk kursus dan operasi,” katanya selepas merasmikan Seminar Pengukuhan Penguatkuasaan Akta Kesihatan Awam 2025, hari ini.

Beliau menegaskan walaupun perancangan keselamatan mungkin telah dibuat, tragedi seperti ini memerlukan penambahbaikan terhadap SOP pergerakan anggota, khususnya melibatkan FRU dalam pelbagai bentuk tugasan.

Kemalangan maut semalam berlaku di Jalan Chikus–Sungai Lampam, melibatkan lori yang dinaiki 18 anggota FRU Unit 5, Ipoh. Mereka dalam perjalanan pulang selepas bertugas mengawal sambutan perayaan Chitrapournami. Sembilan maut, sembilan lagi cedera dan sedang dirawat di Hospital Teluk Intan.

Dalam pada itu, Adnan turut membangkitkan kebimbangan mengenai perlindungan terhadap penjawat awam selepas pemansuhan skim pencen untuk lantikan baharu.

“Kerajaan perlu pastikan bentuk perlindungan menyeluruh dalam skim baharu termasuk pampasan, kebajikan waris dan keselamatan kerja,” ujarnya. - Media Telus

+ - reset