TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Suami Pamela Ling ditahan bagi bantu siasatan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 15 Mei - Polis menahan suami kepada wanita yang dilaporkan hilang sejak awal April lalu, Pamela Ling, dalam satu operasi di ibu negara pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Isa, mengesahkan bahawa individu terbabit merupakan ahli perniagaan dari Sarawak, dikenali sebagai Hah Tiing Siu atau lebih dikenali sebagai Thomas Hah.

Menurut beliau, penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan, namun enggan mengulas lanjut mengenai butiran kes berkenaan.

Pamela Ling, 42, dilaporkan hilang pada 9 April lalu ketika dalam perjalanan menaiki kenderaan e-panggilan menuju ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung siasatan yang melibatkan dirinya.

Sehingga kini, usaha mengesan wanita itu masih diteruskan. - Media Telus

+ - reset