TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemandu Maserati warga Singapura tak mengaku sebabkan kematian di Linkedua

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU, 15 Mei – Seorang penjawat awam warga Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (Linkedua), minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Irshad Abdul Hameed, 27, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu sebuah kereta mewah jenis Maserati secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, A Vasanthraj, 32, pada jam 6.40 petang, 9 Mei lalu di Kilometer 0.6 lebuh raya berkenaan.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda sehingga RM50,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya lima tahun jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Tasnim Saleh mengendalikan kes itu, manakala tertuduh diwakili peguam Baharudin Baharim dan Zarina Ismail Tom.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan dua penjamin tempatan. Tertuduh juga diarahkan melaporkan diri di balai polis sebulan sekali dan lesen memandunya digantung.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Jun depan untuk penyerahan dokumen. 

+ - reset