TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Treler hilang kawalan langgar lima kenderaan di Jalan Klang-Banting

By
|
Kongsi
image

KUALA LANGAT 15 Mei Polis mengesahkan berlaku kemalangan melibatkan sebuah treler yang hilang kawalan sebelum melanggar lima kenderaan lain di Kilometer 32.5, Jalan Klang-Banting, pada tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu tidak membabitkan sebarang kehilangan nyawa.

“Siasatan awal mendapati treler yang datang dari arah Dengkil menuju ke Sungai Buaya, Banting, telah hilang kawalan sebelum melanggar bahagian kanan belakang sebuah treler lain.

“Kemudian, treler terbabit terus bergerak ke hadapan dan melanggar beberapa kenderaan lain iaitu Proton X90, Proton Persona, Proton Gen2 dan Toyota Alphard,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Akmalrizal, ketika kejadian, semua kenderaan tersebut sedang berhenti untuk memberi laluan kepada Proton Gen2 yang sedang memasuki parkir di bahu jalan.

Tambah beliau, pemandu treler yang terlibat, berusia dalam lingkungan 40-an, memiliki lesen memandu yang sah dan keputusan ujian saringan air kencing menunjukkan negatif dadah.

“Kesemua pemandu yang terlibat telah hadir memberikan keterangan kepada pihak polis,” ujarnya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa. - Media Telus

+ - reset