Berita Berita
Peguam desak SPRM beri penjelasan kehilangan Pamela Ling

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa tampil memberi penjelasan terbuka berhubung kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh, yang kini sudah memasuki hari ke-36 tanpa sebarang petunjuk.
Peguam mewakili Pamela, Sangeet Kaur Deo, dalam satu kenyataan hari ini menegaskan bahawa keberadaan anak guamnya di Malaysia adalah atas arahan SPRM, dan bukan atas kehendaknya sendiri.
“Selama berbulan-bulan Pamela telah disoal siasat secara berterusan oleh SPRM. Beliau juga telah dihalang untuk kembali kepada anak-anaknya di Singapura. Kini, selepas diculik ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat SPRM, tiada sebarang penjelasan konkrit diberikan oleh pihak berkuasa,” katanya.
Menurut Sangeet, sikap mendiamkan diri Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dalam isu ini sangat mengecewakan dan hanya menambah keraguan serta menghakis keyakinan awam terhadap agensi tersebut.
“SPRM tidak boleh sekadar menyatakan bahawa siasatan diserahkan kepada polis dan melepaskan tangan. Ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah seolah-olah sudah menjadi norma,” ujarnya.
Beliau turut mempersoalkan kepada siapa sebenarnya SPRM perlu bertanggungjawab.
“Kepada siapa SPRM harus bertanggungjawab? Perdana menteri? Eksekutif? Rakyat? Ketika ini, nampaknya SPRM tidak menjawab kepada sesiapa, walaupun berdepan kemungkinan besar berlakunya skandal nasional,” katanya lagi.
Terdahulu, SPRM mengesahkan bahawa Pamela dan suaminya, Datuk Seri Hah Tiing Siu, sedang disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram. Siasatan terhadap pasangan itu bermula sejak Mei tahun lalu di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.
Pamela dilaporkan hilang pada 9 April lalu ketika dalam perjalanan menaiki e-panggilan ke ibu pejabat SPRM bagi memberikan keterangan lanjut berkaitan kes tersebut. - Media Telus
Berita berkaitan
May 15, 2025, 9:43 pm
MISI terus perkasa komuniti India melalui AI, kreativiti digital
May 15, 2025, 7:02 pm
NIOSH sedia bantu tingkatkan keselamatan pemandu kenderaan berat susulan tragedi FRU
May 15, 2025, 6:26 pm
Tibi ragut 11 nyawa di Terengganu tahun ini
May 15, 2025, 6:07 pm
MCMC siasat ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di media sosial
May 15, 2025, 4:00 pm
Padah simpan minyak masak tanpa lesen, restoran nasi kandar didenda RM100,000
May 15, 2025, 3:19 pm
Rakyat boleh buat aduan jika GP, klinik pakar swasta gagal beri bil terperinci - KKM
May 15, 2025, 3:05 pm
JPA cadang kekalkan bayaran bulanan pencen elak pesara jadi mangsa scam
May 15, 2025, 2:32 pm
Ops Gasak bukan untuk tarik subsidi LPG - Menteri KPDN
May 15, 2025, 2:29 pm