TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rafizi umum senarai pilihan pemimpin bagi Pemilihan PKR

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 21 Mei - Kurang 48 jam sebelum pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bermula, calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan senarai individu pilihannya bagi mengisi beberapa jawatan penting dalam parti.

Bagi saingan empat kerusi Naib Presiden, Rafizi menyenaraikan empat calon daripada 12 yang bertanding, iaitu:

  • Chang Lih Kang – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

  • Nik Nazmi Nik Ahmad – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

  • Datuk Aminuddin Harun – Menteri Besar Negeri Sembilan

  • G Manivanan – Setiausaha Politik kepada Presiden PKR

Bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), beliau mencadangkan 25 individu yang mewakili kombinasi pengalaman, kepimpinan muda dan pemimpin akar umbi. Antara yang dinamakan termasuk:

  • Akmal Nasrullah Mohd Nasir – Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

  • Tan Kar Hing – Ahli Parlimen Gopeng

  • Wong Chen – Ahli Parlimen Subang

  • Zahir Hassan – Ahli Parlimen Wangsa Maju

  • Lee Chean Chung – Ahli Parlimen Petaling Jaya

  • Syed Ibrahim Syed Noh – Ahli Parlimen Ledang

  • Onn Abu Bakar – Ahli Parlimen Batu Pahat

  • S Kesavan – Ahli Parlimen Sungai Siput

Turut dicalonkan:

  • Razeef Rakimin, Ketua Penerangan AMK Sabah

  • Fahmi Zainol, M Anbarasan, Raiyan Abdul Rahim, Chua Wei Kiat (ADUN Rawang)

  • Saiful Izham Ramli, Datuk Romli Ishak, Khairul Anuar @ Jonah, Bob Manolan Mohamad

  • Mohd Fauzi Abdullah, V Anmuniandy, Najib Bakar, Kenny Chiew Chi Kin

  • Abe Yo Gua Musang, Yew Boon Lye, dan Datuk Dr Mohd Johari

Bagi jawatan Ketua Wanita PKR, Rafizi menyatakan sokongan kepada Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Ampang dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, yang akan mencabar penyandang jawatan, Fadhlina Sidek.

Untuk sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rafizi mencadangkan Arshad Hassni, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, sebagai Timbalan Ketua.

Dalam hantaran media sosial, Rafizi menyatakan bahawa pemilihan barisan kepimpinan ini adalah berdasarkan idealisme reformasi dan kesetiaan kepada prinsip perjuangan parti.

“Cabaran kita hari ini adalah memilih pimpinan yang mampu kekal berpegang kepada idealisme reformasi, walaupun diuji dengan kuasa.

HIRUK – Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa bukan sekadar slogan. Ia adalah seruan untuk mengembalikan roh perjuangan KEADILAN,” katanya.

Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada para perwakilan untuk membuat pilihan terbaik demi masa depan parti. - Media Telus

+ - reset