Berita Berita
Jabatan Imigresen KL tahan 1,789 PATI sejak Januari, kutipan kompaun cecah RM4.59 juta

KUALA LUMPUR 22 Mei - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur telah menahan seramai 1,789 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam 272 operasi penguatkuasaan yang dijalankan sejak Januari lalu hingga Selasa.
Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi berkenaan dilaksanakan setiap hari sebagai sebahagian daripada usaha berterusan jabatan itu bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
“Penguatkuasaan adalah keutamaan kami dalam usaha menjaga keselamatan negara. Dalam tempoh ini, seramai 68 majikan tempatan dan asing turut dikenakan tindakan kerana menggaji atau melindungi PATI,” katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat JIM Kuala Lumpur, pada Rabu.
Menurutnya, hasil operasi yang dilaksanakan itu turut menyumbang kepada kutipan kompaun sebanyak RM4.59 juta. Sebanyak 1,551 kertas siasatan telah dibuka melibatkan pelbagai kesalahan seperti tiada dokumen perjalanan yang sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta penyalahgunaan pas imigresen.
Tangkapan tertinggi direkodkan melibatkan warga Indonesia, diikuti oleh pendatang dari Bangladesh, Myanmar dan Pakistan.
Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan bahawa seramai 96 warga asing telah menyertai Program Repatriasi Migran 2.0 yang bermula pada Isnin lalu.
“Dalam tempoh dua hari, kutipan hasil menerusi program ini mencecah RM26,840, meliputi bayaran kompaun dan pas khas,” jelas Wan Mohammed Saupee.
Program Repatriasi Migran 2.0 merupakan inisiatif JIM untuk membolehkan warga asing pulang ke negara asal secara sukarela dengan syarat dan bayaran tertentu, tanpa perlu dikenakan tindakan undang-undang berat. - Media Telus
Berita berkaitan
May 21, 2025, 8:03 pm
Permohonan lesen penjajaan DBKL dibuka bermula 1 Jun
May 21, 2025, 7:57 pm
Harga RON97 dan diesel naik 3 Sen
May 21, 2025, 6:07 pm
Rafizi umum senarai pilihan pemimpin bagi Pemilihan PKR
May 21, 2025, 3:17 pm
Armada Bersatu bidas cadangan naikkan umur persaraan kepada 65 Tahun
May 21, 2025, 3:11 pm
Bas terbakar dalam Kampus UTM, enam penuntut nyaris maut
May 21, 2025, 2:45 pm
Wanita keluar ke farmasi terkejut rumah pusaka hangus terbakar ketika pulang
May 21, 2025, 2:26 pm
Peguam persoal SPRM panggil Pamela awal sehari, kaitkan dengan kehilangan
May 21, 2025, 2:07 pm
Kerani hilang hampir RM650,000 terjerat skim pelaburan tidak wujud di Facebook
May 21, 2025, 1:51 pm