Berita Dunia
Mohammed Sinwar dipercayai terbunuh, Israel umum operasi kawalan penuh Gaza
GAZA 22 Mei - Pemimpin Hamas, Mohammed Sinwar, dipercayai terbunuh dalam serangan Israel, menurut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam sidang media semalam.
Menurut Netanyahu, Mohammed Sinwar adalah ketua semasa kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza, yang mengambil alih peranan tersebut daripada abangnya, Yahya Sinwar, yang terbunuh dalam serangan tentera Israel di selatan Gaza pada Oktober 2024.
"Kami telah menumpaskan puluhan ribu pengganas, termasuk menghapuskan pemimpin seperti Mohammed Deif, Ismail Haniyeh, Yahya Sinwar, dan kini dipercayai Mohammed Sinwar juga telah terkorban.
"Pasukan kami kini menguasai semakin banyak wilayah di Gaza. Pada akhir operasi, seluruh kawasan Genting Gaza akan berada di bawah kawalan keselamatan Israel," katanya.
Netanyahu menyatakan kesediaan untuk menamatkan perang, namun dengan syarat yang jelas – termasuk semua tebusan dikembalikan, Hamas meletakkan senjata, kepimpinan mereka digulingkan, dan Gaza berada sepenuhnya di bawah kawalan Israel.
Beliau turut menyokong pelan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Donald Trump, untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza serta membangunkan wilayah tersebut sebagai “Riviera Asia Barat.”
"Mana-mana pihak yang menggesa kami menghentikan perang sebelum matlamat ini tercapai, sebenarnya mahu Hamas terus berkuasa," tambah Netanyahu.
Sementara itu, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pada Ahad lalu melancarkan operasi darat besar-besaran di Gaza yang dinamakan ‘Operasi Gideon's Chariots’. Pengumuman itu dibuat serentak dengan peningkatan serangan udara di Gaza, termasuk serangan berhampiran Khan Younis pada 13 Mei yang menyasarkan pemimpin Hamas.
Menurut kenyataan IDF, lebih 670 sasaran berkaitan Hamas telah diserang dan puluhan anggotanya dihapuskan. Mereka turut memusnahkan infrastruktur pengganas di atas dan bawah tanah, serta kini menguasai beberapa lokasi strategik dalam Gaza.
Pelan operasi itu telah diluluskan oleh kabinet keselamatan Israel pada 5 Mei. Jurucakap IDF memaklumkan ia akan merangkumi serangan menyeluruh termasuk pemindahan majoriti penduduk Gaza.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, menyatakan pada 7 Mei bahawa tentera Israel dijangka akan kekal berada di Gaza walaupun selepas operasi selesai. - Media Telus
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
