Berita Dunia
PM Mongolia letak jawatan selepas tewas undi percaya
ULAANBAATAR 3 Jun – Perdana Menteri Mongolia, Luvsannamsrain Oyun-Erdene, mengumumkan peletakan jawatan hari ini selepas tewas dalam undi percaya yang dijalankan secara rahsia di Parlimen negara itu, lapor AFP.
Undian tersebut diadakan selepas beberapa hari protes besar-besaran di ibu negara Ulaanbaatar yang tercetus berikutan dakwaan rasuah dan gaya hidup mewah dalam kalangan pemimpin serta ahli keluarga mereka.
Menurut kenyataan rasmi, Oyun-Erdene akan kekal sebagai perdana menteri interim sehingga penggantinya dilantik dalam tempoh 30 hari.
Mongolia, sebuah negara tanpa laluan laut yang terletak di utara Asia, sudah lama berdepan masalah rasuah sistemik terutama berkait dengan industri perlombongan arang batu yang menguntungkan golongan elit, namun dikatakan gagal memanfaatkan hasilnya untuk kebajikan rakyat.
Sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 2021, kedudukan Mongolia dalam Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International dilaporkan terus merosot.
Ketidakpuasan rakyat memuncak baru-baru ini apabila tular dakwaan bahawa ahli keluarga perdana menteri menikmati gaya hidup mewah yang dikatakan tidak sepadan dengan pendapatan seorang penjawat awam. Pejabat beliau bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai fitnah bermotifkan politik.
Walaupun terdapat sebilangan penyokong dari kalangan warga emas yang tampil mempertahankannya, gelombang protes yang dikuasai anak muda menggesa perubahan kepimpinan bagi menangani krisis ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.
Krisis politik turut diperparah apabila Parti Rakyat Mongolia (MPP) pimpinan Oyun-Erdene menyingkirkan rakan gabungan, Parti Demokratik (DP), selepas beberapa ahlinya menyokong desakan peletakan jawatan beliau.
Dalam undian yang disertai 82 ahli parlimen, hanya 44 menyokong beliau kekal sebagai perdana menteri, manakala 38 menolak. Undian tersebut gagal mencapai sokongan minimum 64 daripada keseluruhan 126 ahli Parlimen, sekali gus mendorong beliau melepaskan jawatan.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
