Berita Berita
KJ: “Saya sedang nikmati hidup, kenapa perlu tinggalkan ini”

SHAH ALAM 5 Jun - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menolak spekulasi bahawa beliau akan kembali menyertai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan, dengan menegaskan bahawa beliau kini selesa dan sedang menikmati kehidupan.
“Saya sedang menikmati kehidupan yang baik sekarang, kenapa saya nak tinggalkan ini?” katanya ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Serbuk Minuman 3 dalam 1 Tealive di sebuah pusat beli-belah, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan berhubung desas-desus kemungkinan akan dilantik sebagai menteri selepas Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad melepaskan jawatan menteri susulan kekalahan dalam pemilihan PKR baru-baru ini.
Mengulas gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad agar orang Melayu dari pelbagai parti menyertai Sekretariat Orang Melayu, Khairy enggan memberikan sebarang komen.
“Saya bukan ahli Perikatan Nasional (PN) dan juga bukan ahli UMNO buat masa sekarang. Seeloknya saya tak komen, kita fokus kepada pelancaran ini,” katanya.
Sekretariat Orang Melayu yang diumumkan Dr Mahathir kelmarin, bertujuan menyatukan semua pihak yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu di bawah satu gerakan. – Media Telus
Berita berkaitan
June 7, 2025, 12:43 pm
Sultan Selangor kecewa kes penipuan pakej haji semakin meningkat
June 7, 2025, 12:37 pm
Anwar, Wan Azizah sertai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra
June 7, 2025, 12:29 pm
Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT
June 7, 2025, 10:02 am
Tiga maut, dua masih hilang dalam tragedi bot terbalik di Tanjung Harapan
June 6, 2025, 9:02 pm
Budak 2 tahun cedera mata tercucuk pensel ketika ibu memasak
June 6, 2025, 8:16 pm
Pelancong wanita cedera dihempap dahan pokok di Bukit Bendera
June 6, 2025, 7:26 pm
Budak maut jatuh dari tingkat 30, polis tahan ibu kandung, bapa saudara
June 6, 2025, 6:48 pm
Jaga-jaga, hujan lebat, ribut petir diramal landa kebanyakan negeri malam raya
June 6, 2025, 6:21 pm