Berita Berita
Kerajaan pantau jualan vape dalam talian, laporan akan dibawa ke Kabinet

PUTRAJAYA 6 Jun - Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang giat memantau aktiviti jualan rokok elektronik termasuk vape yang kini semakin rancak dijual melalui platform media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.
Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata pihaknya telah mengarahkan MCMC untuk menyiasat isu itu dengan lebih mendalam dan menyediakan satu laporan terperinci sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk tindakan seterusnya.
“Saya mengarahkan MCMC untuk meneliti jualan produk-produk seperti itu secara dalam talian. Kita dapati banyak daripada jualan itu berlaku melalui platform seperti Facebook, dan sudah pasti tindakan penguatkuasaan juga akan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Mengulas kemungkinan pindaan akta berkaitan rokok elektronik, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, perkara itu akan diperhalusi oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
“Hal ini (isu vape) ada dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan Menteri Kesihatan akan meneliti,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menggesa kerajaan negeri mengambil langkah lebih tegas termasuk mengharamkan penjualan vape, terutama yang mengandungi bahan campuran dadah sintetik.
Beliau mendedahkan bahawa terdapat pelajar seawal usia 13 tahun dikesan menggunakan vape berbahaya, sekali gus membuktikan masalah itu semakin membimbangkan.
Beberapa negeri dilaporkan telah bertindak mengharamkan penjualan vape, dan langkah itu terbukti membawa impak positif. Kerajaan negeri lain disaran mengikut langkah sama sementara menunggu undang-undang berkaitan digubal di peringkat Persekutuan. – Media Telus
Berita berkaitan
June 7, 2025, 12:43 pm
Sultan Selangor kecewa kes penipuan pakej haji semakin meningkat
June 7, 2025, 12:37 pm
Anwar, Wan Azizah sertai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra
June 7, 2025, 12:29 pm
Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT
June 7, 2025, 10:02 am
Tiga maut, dua masih hilang dalam tragedi bot terbalik di Tanjung Harapan
June 6, 2025, 9:02 pm
Budak 2 tahun cedera mata tercucuk pensel ketika ibu memasak
June 6, 2025, 8:16 pm
Pelancong wanita cedera dihempap dahan pokok di Bukit Bendera
June 6, 2025, 7:26 pm
Budak maut jatuh dari tingkat 30, polis tahan ibu kandung, bapa saudara
June 6, 2025, 6:48 pm
Jaga-jaga, hujan lebat, ribut petir diramal landa kebanyakan negeri malam raya
June 6, 2025, 6:21 pm