Berita Berita
Mayat di tapak pembinaan disahkan pelancong Britain hilang sejak 2 Jun lalu

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Mayat seorang lelaki yang ditemukan di tapak pembinaan Bangsar Hill Park semalam telah disahkan sebagai Jordan Michael John Johnson-Doyle, seorang pelancong Britain berusia 25 tahun yang dilaporkan hilang sejak 2 Jun lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, identiti mangsa dikenal pasti oleh bapa saudaranya melalui pengecaman tatu pada tubuh mangsa semasa proses bedah siasat di Jabatan Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pagi tadi.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan dada akibat jatuh dari tempat tinggi. Tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang di bahagian lif tingkat bawah tapak pembinaan itu pada jam 4.30 petang semalam.
Datuk Rusdi turut menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kejadian dan menyeru agar sebarang maklumat disalurkan kepada pihak polis melalui Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau Hotline Polis Putrajaya (03-8886 2222) serta mana-mana balai polis berdekatan.
Mangsa, seorang jurutera perisian dari Britain yang bekerja secara jarak jauh dengan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, tiba di Malaysia pada 17 Mei selepas melawat Vietnam dan menginap di Bukit Bintang.
Beliau kali terakhir dilihat di sebuah bar di Jalan Telawi, Bangsar pada malam 27 Mei, dan dilaporkan hilang apabila rakan serta keluarganya gagal menghubungi beliau atau mengesan sebarang aktiviti di akaun media sosialnya selepas tarikh tersebut.
Pada 2 Jun, bapa mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, turut mengesahkan laporan berkenaan. – Media Telus
Berita berkaitan
June 7, 2025, 12:43 pm
Sultan Selangor kecewa kes penipuan pakej haji semakin meningkat
June 7, 2025, 12:37 pm
Anwar, Wan Azizah sertai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra
June 7, 2025, 12:29 pm
Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT
June 7, 2025, 10:02 am
Tiga maut, dua masih hilang dalam tragedi bot terbalik di Tanjung Harapan
June 6, 2025, 9:02 pm
Budak 2 tahun cedera mata tercucuk pensel ketika ibu memasak
June 6, 2025, 8:16 pm
Pelancong wanita cedera dihempap dahan pokok di Bukit Bendera
June 6, 2025, 7:26 pm
Budak maut jatuh dari tingkat 30, polis tahan ibu kandung, bapa saudara
June 6, 2025, 6:48 pm
Jaga-jaga, hujan lebat, ribut petir diramal landa kebanyakan negeri malam raya
June 6, 2025, 6:21 pm