Berita Berita
Bayi 12 bulan diselamatkan bomba selepas terperangkap dalam Kereta di Kamunting

TAIPING 6 Jun - Seorang bayi perempuan berusia 12 bulan berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak selepas terperangkap di dalam sebuah kereta di Kawasan Perindustrian Kamunting, semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 12.46 tengah hari dan sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping telah dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati seorang bayi terperangkap dalam kereta yang terkunci secara automatik ketika bapanya sedang membuka khemah untuk berniaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan khas.“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat dan diserahkan semula kepada keluarganya,” ujarnya.
Kes ini menjadi peringatan penting kepada ibu bapa dan penjaga agar lebih berhati-hati, terutamanya apabila membawa anak kecil dan meletakkan mereka di dalam kenderaan walaupun untuk tempoh yang singkat. – Media Telus
Berita berkaitan
June 7, 2025, 12:43 pm
Sultan Selangor kecewa kes penipuan pakej haji semakin meningkat
June 7, 2025, 12:37 pm
Anwar, Wan Azizah sertai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra
June 7, 2025, 12:29 pm
Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT
June 7, 2025, 10:02 am
Tiga maut, dua masih hilang dalam tragedi bot terbalik di Tanjung Harapan
June 6, 2025, 9:02 pm
Budak 2 tahun cedera mata tercucuk pensel ketika ibu memasak
June 6, 2025, 8:16 pm
Pelancong wanita cedera dihempap dahan pokok di Bukit Bendera
June 6, 2025, 7:26 pm
Budak maut jatuh dari tingkat 30, polis tahan ibu kandung, bapa saudara
June 6, 2025, 6:48 pm
Jaga-jaga, hujan lebat, ribut petir diramal landa kebanyakan negeri malam raya
June 6, 2025, 6:21 pm