Berita Berita
Menara Ilham milik keluarga Daim disita sekali lagi, disyaki ada kaitan dengan siasatan kes AMLA

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyita Menara Ilham yang terletak di Jalan Binjai, selepas mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya.
Menurut kenyataan SPRM, tindakan sitaan itu dilakukan mengikut Notis Penyitaan Harta Tak Alih berdasarkan Seksyen 51(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001), bertarikh 4 Jun 2025.
“Penyitaan ini dibuat berdasarkan kuasa Pendakwa Raya mengikut Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah, setelah Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan maklumat yang dikemukakan oleh Pegawai SPRM bahawa kes tersebut berkait dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001,” menurut kenyataan itu.
Bangunan berkenaan sebelum ini dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin.
Dengan penyitaan ini, SPRM memaklumkan bahawa semua urusan berkaitan pindah milik ke atas hartanah terbabit kini adalah dilarang. Mana-mana pihak yang gagal mematuhi notis penyitaan ini boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang yang sama.
Kenyataan itu juga menegaskan bahawa tindakan lanjut akan diambil mengikut peruntukan yang termaktub dalam akta berkaitan.
Berita berkaitan
June 7, 2025, 12:43 pm
Sultan Selangor kecewa kes penipuan pakej haji semakin meningkat
June 7, 2025, 12:37 pm
Anwar, Wan Azizah sertai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra
June 7, 2025, 12:29 pm
Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT
June 7, 2025, 10:02 am
Tiga maut, dua masih hilang dalam tragedi bot terbalik di Tanjung Harapan
June 6, 2025, 9:02 pm
Budak 2 tahun cedera mata tercucuk pensel ketika ibu memasak
June 6, 2025, 8:16 pm
Pelancong wanita cedera dihempap dahan pokok di Bukit Bendera
June 6, 2025, 7:26 pm
Budak maut jatuh dari tingkat 30, polis tahan ibu kandung, bapa saudara
June 6, 2025, 6:48 pm
Jaga-jaga, hujan lebat, ribut petir diramal landa kebanyakan negeri malam raya
June 6, 2025, 6:21 pm