Berita Berita
3 pelatih IKBN Jitra maut kemalangan ketika pulang mahu sambut Aidiladha

ALOR SETAR, 5 Jun - Tiga pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera parah dalam kemalangan ngeri di Kilometer 49.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tandop, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 petang itu, kesemua mangsa yang berusia 19 tahun dilaporkan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada Sabtu ini.
Menurut pihak berkuasa, kemalangan berlaku apabila dua buah motosikal yang dinaiki mereka merempuh sebuah kereta jenis Naza Ria yang dipercayai ditinggalkan di bahu jalan.
Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat, manakala mangsa yang cedera parah sedang menerima rawatan lanjut di hospital sama.
Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik HSB apabila ahli keluarga dan waris mangsa hadir untuk menuntut jenazah.
Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan menyeru pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati terutamanya ketika musim perayaan.
Berita berkaitan
June 7, 2025, 12:43 pm
Sultan Selangor kecewa kes penipuan pakej haji semakin meningkat
June 7, 2025, 12:37 pm
Anwar, Wan Azizah sertai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra
June 7, 2025, 12:29 pm
Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT
June 7, 2025, 10:02 am
Tiga maut, dua masih hilang dalam tragedi bot terbalik di Tanjung Harapan
June 6, 2025, 9:02 pm
Budak 2 tahun cedera mata tercucuk pensel ketika ibu memasak
June 6, 2025, 8:16 pm
Pelancong wanita cedera dihempap dahan pokok di Bukit Bendera
June 6, 2025, 7:26 pm
Budak maut jatuh dari tingkat 30, polis tahan ibu kandung, bapa saudara
June 6, 2025, 6:48 pm
Jaga-jaga, hujan lebat, ribut petir diramal landa kebanyakan negeri malam raya
June 6, 2025, 6:21 pm