Berita Berita
Konsert (G)I-DLE & Bambam dibatalkan atas permintaan penganjur, bukan arahan kerajaan

PUTRAJAYA 6 Jun – Kementerian Komunikasi menafikan pembatalan konsert (G)I-DLE & Bambam Live in Malaysia yang dijadual berlangsung pada 14 Jun 2025 dilakukan oleh pihak kerajaan, sebaliknya menjelaskan keputusan itu dibuat oleh penganjur sendiri atas pertimbangan pelbagai faktor.
Dalam satu kenyataan, kementerian menjelaskan bahawa pembatalan konsert tersebut bukan disebabkan kegagalan memperoleh kelulusan daripada Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Kelulusan prapermohonan telah diberikan kepada penganjur pada 28 April 2025. Oleh itu, dakwaan konsert dibatalkan kerana tidak mendapat kelulusan JK-PUSPAL adalah tidak benar,” menurut kenyataan itu.
Jelas kementerian, pihak penganjur perlu memastikan semua persiapan termasuk mendapatkan kelulusan daripada pelbagai agensi berkaitan diselesaikan lebih awal sebelum menganjurkan sebarang konsert melibatkan artis antarabangsa.
Sebelum ini, penganjur konsert, Live Universe Entertainment, memaklumkan bahawa pembatalan dibuat selepas mengambil kira keperluan mematuhi undang-undang serta garis panduan budaya negara. Mereka juga memberi jaminan bahawa semua pembeli tiket akan menerima bayaran balik penuh menerusi platform Ticket2U.
Bagaimanapun, keputusan tersebut mencetuskan rasa kecewa dalam kalangan peminat K-pop, termasuk mereka yang sudah merancang untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan persembahan secara langsung. – Media Telus
Berita berkaitan
June 7, 2025, 12:43 pm
Sultan Selangor kecewa kes penipuan pakej haji semakin meningkat
June 7, 2025, 12:37 pm
Anwar, Wan Azizah sertai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra
June 7, 2025, 12:29 pm
Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT
June 7, 2025, 10:02 am
Tiga maut, dua masih hilang dalam tragedi bot terbalik di Tanjung Harapan
June 6, 2025, 9:02 pm
Budak 2 tahun cedera mata tercucuk pensel ketika ibu memasak
June 6, 2025, 8:16 pm
Pelancong wanita cedera dihempap dahan pokok di Bukit Bendera
June 6, 2025, 7:26 pm
Budak maut jatuh dari tingkat 30, polis tahan ibu kandung, bapa saudara
June 6, 2025, 6:48 pm
Jaga-jaga, hujan lebat, ribut petir diramal landa kebanyakan negeri malam raya
June 6, 2025, 6:21 pm