Berita Berita
Lori bawa kereta mewah terbakar di Lebuhraya Karak

BENTONG 5 Jun – Polis mengesahkan kejadian sebuah lori jenis low loader membawa lima kereta mewah terbakar di Kilometer 39, Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, maklumat mengenai kejadian diterima Pusat Kawalan Daerah Bentong sekitar jam 11.40 malam selepas dimaklumkan oleh orang awam.
“Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 malam apabila lori jenis Scania milik sebuah syarikat yang membawa muatan kenderaan mewah terbakar di bahagian bawah enjin sebelum api merebak ke seluruh kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, kebakaran dipercayai berpunca daripada masalah enjin dan tidak melibatkan sebarang kecederaan.
“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang merupakan pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan menularkan maklumat yang tidak sahih berhubung insiden tersebut.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman video menunjukkan sebuah lori low loader terbakar di bahu jalan berhampiran susur keluar ke Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah. Video berkenaan turut memaparkan lori tersebut membawa lima buah kenderaan mewah pelbagai jenis. – Media Telus
Berita berkaitan
June 7, 2025, 12:43 pm
Sultan Selangor kecewa kes penipuan pakej haji semakin meningkat
June 7, 2025, 12:37 pm
Anwar, Wan Azizah sertai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra
June 7, 2025, 12:29 pm
Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT
June 7, 2025, 10:02 am
Tiga maut, dua masih hilang dalam tragedi bot terbalik di Tanjung Harapan
June 6, 2025, 9:02 pm
Budak 2 tahun cedera mata tercucuk pensel ketika ibu memasak
June 6, 2025, 8:16 pm
Pelancong wanita cedera dihempap dahan pokok di Bukit Bendera
June 6, 2025, 7:26 pm
Budak maut jatuh dari tingkat 30, polis tahan ibu kandung, bapa saudara
June 6, 2025, 6:48 pm
Jaga-jaga, hujan lebat, ribut petir diramal landa kebanyakan negeri malam raya
June 6, 2025, 6:21 pm