TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

UPSI buka bilik gerakan salur maklumat terkini kemalangan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 Jun - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil inisiatif membuka bilik gerakan bagi membolehkan sebarang maklumat berkaitan kemalangan membabitkan pelajar universiti itu dilaporkan dengan segera.

"UPSI sudah menerima laporan awal mengenai satu kemalangan yang membabitkan pelajar UPSI yang berada dalam sebuah bas persiaran yang berlaku di kawasan Gerik, Perak.

"Pihak UPSI sudah membuka bilik gerakan dan sebarang maklumat boleh menghubungi talian 05-4507148 (pejabat) atau 019-5719977 (hotline)," menurut kenyataan UPSI, hari ini.

Media melaporkan, sejumlah 44 mangsa membabitkan pelajar UPSI Tanjung Malim terbabit dalam kemalangan selain empat lagi mangsa menaiki kenderaan Perodua Alza, pagi tadi.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dan Jeli dikerahkan ke lokasi kemalangan, diketuai Komander Operasi, Kamarul Ariffin Abd Ghani dan Komander Operasi Kanan, Azizan Aziz.

Sementara itu, UPSI turut memohon seluruh warga UPSI dan masyarakat umum bersama-sama mendoakan supaya urusan ini dipermudahkan.

"Pihak UPSI sentiasa prihatin dengan kebajikan pelajar dan akan memberi bantuan serta sokongan kepada waris," menurut kenyataan itu.

+ - reset