TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bapa enggan ikat jamin anak bawah umur mengaku rogol rakan lebih 16 kali

By
|
Kongsi
image

 

BATU PAHAT 9 Jun - Seorang bapa nekad tidak mahu membayar ikat jamin RM1,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap anak lelakinya yang mengaku bersalah merogol kenalan perempuan, awal bulan ini.

Tindakan lelaki berusia 40-an kerana mahu memberi pengajaran terhadap anak lelakinya berusia 16 tahun yang membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Sebelum itu, lelaki terbabit menemani anak sulungnya bagi prosiding pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan dilihat beredar meninggalkan anaknya tanpa membayar ikat jamin.

Berdasarkan laporan Berita Harian, tertuduh didakwa merogol kenalannya berusia 15 tahun di sebuah rumah dalam daerah ini antara jam 4 hingga 5.30 petang, 2 Jun lalu.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan jika disabit kesalahan.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat bapa tertuduh, remaja yang bekerja di kedai makan didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kenalannya ketika ibunya keluar bekerja.

Namun, pada hari kejadian, ibunya berusia 41 tahun pulang lebih awal daripada waktu sepatutnya sebelum melihat selipar perempuan berada di luar rumahnya.

Wanita kemudiannya mengetuk pintu beberapa kali sebelum remaja itu membuka pintu. 

Pemeriksaan dalam bilik tidurnya mendapati ada seorang perempuan di dalamnya.

Malah, siasatan awal polis mendapati kedua-dua tertuduh dan mangsa mengaku mereka sudah melakukan hubungan itu sejak lama sehingga 16 hingga 18 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yang daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah menetapkan 16 Julai ini untuk sebutan fakta dan perintah serta laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap tertuduh.

+ - reset