TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis minta bantuan orang ramai kesan lelaki OKU hilang sejak 2 Jun di Jerantut

By
|
Kongsi
image

KUANTAN 9 Jun - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 36 tahun yang dilaporkan hilang sejak 2 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Zukri Muhammad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Sabri Ismail itu pada 9.29 malam tadi.

Katanya, lelaki berkenaan yang merupakan seorang OKU mental, berkulit cerah, berketinggian 178 sentimeter dan bertubuh gempal dengan berat kira-kira 90 kilogram.

"Lelaki itu kali terakhir dilihat di kawasan sekitar Taman Sri Embun, Jerantut pada 2 Jun lepas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut di talian 09-266 2222. 

+ - reset