TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelacur patah kaki terjun bangunan elak serbuan di Sungai Petani

By
|
Kongsi
image

 

SUNGAI PETANI 9 Jun – Seorang wanita warga Thailand berusia lingkungan 30-an patah kaki kanan selepas terjun dari tingkat satu sebuah rumah kedai yang dijadikan pusat pelacuran dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang hari ini.

Wanita tersebut yang dipercayai cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa dalam satu operasi cegah jenayahkemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dengan ambulans untuk rawatan lanjut.

Dua lagi wanita yang disyaki turut menawarkan aktiviti tidak bermoral telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

Tiga lelaki warga Bangladesh, dipercayai pelanggan pusat pelacuran terbabit, turut ditahan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati premis berkenaan pernah diserbu sebelum ini kerana menempatkan wanita yang menawarkan seks kepada pelanggan, khususnya lelaki warga asing.

“Hasil temu bual dengan pelanggan lelaki warga asing itu, mereka dikenakan bayaran antara RM100 hingga RM150 untuk melanggan pelacur.

"Polis turut merampas sejumlah kondom, beberapa tiub pelincir dan sejumlah wang tunai,” katanya di sini hari ini.

+ - reset